"Chocolate Cake~moist"(kek coklat lembap)


Hari ni nak update resepi lagi. Kali ni kek coklat lembap lagi. Da banyak resepi kek coklat yg ku kumpul.Tapi tak semua pun yg da aku cuba. Cuma kali ni aku ku save gak resepi ni sebab resepi ni by Rohaimi Ahmad yg ku tahu ke'terror'an nya dlm mbuat kek...semua kek yg dia buat mesti  marvellous lah..& yg penting resepi yg dia kongsi semua dia bagi ngan ikhlas sbb tak perlu nak izin  klu nak tag..Tak mcm sprh org yg letak resepi & gambar masakan kat laman sosial. Pastu bila ada yg tag @ share nak marah2 pulak. Kata macam2 yg tak sedap nak dengar. Dah tau laman sosial, mmg la semua org leh tgk.Klu tak mau org tgk, org ambik,tulis je la dlm buku ,pastu kunci dlm almari, Pastu kunci tu simpan le kat mana2 yg ko rasa selamat..huhhh.. Kata org, klu kita suka bkongsi ilmu, ilmu tu kan jadi berkat & kita pula smakin expert & expert ngan ilmu yg kita kongsikan itu..Cam tu la lah yg ku rasa..ceewaaah.. Kpda korang yg trasa,..aku hanya boleh katakan..'ada aku kesah????'

Bahan2nya:


200g mentega
250g gula halus
200g tepung gandum
50g serbuk koko
4 biji telur}gred A
1sb esen vanila
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
200ml air(50ml air panas+150ml air biasa=200ml)

caranya:

-pecahkan telur kedlm 1 bekas berasingan~putarl sehingga kembang
-pukul mentega dn gula hingga kembang(btul2 kembang)
-masukkan telur yg dh dipukul tadi~putar sebati
-masukkan tepung, soda bikarbonat, serbuk penaik, esen vanila...putar sebati
-masukkan serbuk koko dan tuangkan air kedlm adunan, kemudian baru diputar sehingga rata dn sebati
-sapu loyang dgn sedikit majerin dn tabur dgn sedikit tepung disekelilingnya
-lapis dgn kertas putih....
-bakar selama 50min GUNA api atas bwh 150'c

by: Rohaimi Ahmad

Butter Cheese Cake


 Hari ni masa tgh buka fb, tjumpa pulak resepi ni. Resepi & cara pun mudah je ku tgk.Nak Tag malas lah pulak.,nnti timeline jadi semak.So ,aku pun meluangkan lah masa nak update blog yg lama dah tak di update. Kredit pd empunya resepi kerana tak kedekut resepi. sori..aku main copy & paste je..
Bahan2 nya
150g butter + 200g cheese
200g gula halus
4biji telur ayam }A
250g tepung gandum
50g susu tepung
100ml susu cair
1skfc baking powder
1/2skfc soda bikarbonat
1skfc esen vanila


Cara2nya:
-putar gula, butter dn cheese sehingga kembang
-masukkan telur~putar
-masukkan tepung, susu tepung, baking pwder, soda bikarbonat dn esen vanila~putar
-masukkan susu cair~putar
-memang adunannya mcm likat sikit
-adunan siap!
-------------------------------------------
-sediakan loyang bersaiz 8' sapu keliling loyang dgn majerin dn taburkan tepung...LAPIK dgn kertas minyak(putih)
-bakar pada suhu 150'c selama 45min-sehingga masak
-setelah masak...biarkan selama 5min didalam loyang bg tepi2 loyang tu rengang sikit supaya senang nk kuarkan kek tu nanti...
-terlungkupkan permukaan kek tu diatas papan kek...tarik kertas minyak perlahan2 dn siaaaap!
By: Rohaimi Ahmad

Kek Lapis



Dah lama rasanya tak update blog.. ni sbb line lembap lah ni..nak update 1 resepi pun ambik masa yg lama. tapi sbb hri ni ada kwn yg nak share resepi kek lapis, maka rajin2 kan lah juga nak update. Pada kwn yg nak resepi ni..dipersilakan..

Bhn2
A- 10 biji telur
      300 gm tepung superfine
      200 gm gula
      1st esen vanilla
      1 sb ovalett
      5 sb seri kaya
*campur semua bhn2 diatas & pukul smpi pekat

B- 500gm butter
     4 sb susu pekat
*pukul bhn2 diatas sampai putih( mangkuk berasingan daripada bhn A)


cara2 nya
-Masuk kan bhn B ke dlm bhn A & kaut balik mgunakan sudu kayu.
-sediakan loyang 9x9, gris ngan mentega & lapik dgn kertas kek.
-bahagi adunan kepada 2@ 3 dan warnakan ikut citarasa.
-tuk lapisan pertama, ambik 5 sudu makan adunan & ratakan dlm loyang.
                            -panas kan oven 10 minit sblm mbakar
                            -Gunakan api 250 degree
                            -pintu oven mestilah direnggangkan
                            -gunakan api atas sahaja
                            -bakar sehingga lapisan nampak coklat( wrna coklat ni penting utk mbentuk garisan      antara lapisan.
-ulang proses lapisan seterus nya dgn kaedah yg sama sehingga habis.
-utk lapisan yg terakhir,  -gunakan api atas & bwh
                                     -api 180 degree
                                     -Pintu oven hendak lah dirapatkan & bakar kek selama 10-15 minit.

*Untuk memastikan kek cantik semasa dipotong, sejuk kan kek terlebih dahulu.

 
Copyright Reserved To ~ Jie79 | Design By ~ Kathy R'bain